Monday 22 March 2010

Perkongsian Online : Cinta Bertasbih di Musim Bunga


Perkongsian Online [P.O] kembali lagi!!

"Fitrahnya, setiap individu merasai cinta. Hadir tidak dijemput, bahkan menyapa tidak kira masa. Dengan cinta, seseorang boleh menjadi luar biasa dan tidak kurang juga yang menjadi hina dengannya. Aduhai, fitrahnya ia tercipta bukan untuk merendahkan martabat manusia, sebaliknya untuk meraikan kasih sayang keranaNya.

Fikirlah, adakah ia kerana kegagalan kita mengurus cinta?"

Maka bagaimana menguruskannya, sesuai dengan kehendak Allah?

Kali ini PO hadir dengan tajuk yang lebih menarik dan segar,sesegar kedatangan musim bunga yang indah!


Tajuk : Cinta Bertasbih di Musim Bunga
Tarikh : 23 Mac 2010 (Selasa)
Masa : 8.30 malam-10.30malam (waktu UK)
Penyampai: Bro Uwais

(Jemputan akan dimulakan sejak 8.15 malam lagi)

Medium : Paltalk (Sila add ID perkongsian_online)

Anda semua dijemput hadir, walau di mana atau dari mana pun anda.
Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda untuk berbagi rasa dalam mengejar cinta Yang Esa!

Bagi yang mempunyai masalah untuk mengakses paltalk boleh menggunakan 'paltalk express' di link berikut :
http://www.paltalk.com/express/

Atau jika masih mempunyai masalah boleh add ID= YM : perkongsian_online
*Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada perkongsian_online@yahoo.com

::Moga Allah permudahkan pertemuan kita.Jumpa di sana!::

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes