Saturday, 23 April 2011

feedback peserta MEKAR 2011


(gambar oleh Siti Nur Syazwana)



  • Noramira Aminuddin:
"Pertama kali ana melihat tema mekar kali ini dengan berkonsepkan ukhuwwah, masa itu ana hanya fikirkan:

" Owh..hubungan dengan kawan kot..."

Perkara biasa yang selalu disebut oleh mulut dan didengar oleh telinga . Tiada apa-apa yang istimewa. Namun demikian, setelah 2 hari ana mendengar pegisian daripada Dr Ugi dan Hilal Asyraf, ana rasa 'something' yang ana kehilangan selama ni.

Ana dulu hanya fikir satu hal saja iaitu target nak pergi tangkap pelajar-pelajar junior yang masih fresh untuk DF mereka ini. Skop ini sangat sempit dan kecil. Sampai satu saat ana tanya pada diri:

" Aku nak p DF mereka ni hanya kerana aku punya misi atau benar-benar aku ingin berukhuwwah fillah bersama-sama mereka."

Semasa inilah ana sedar bahawa niat ana sudah tidak betul. Apa yang ana nampak sekarang dalam skop ukhuwwah sangat besar. Dalam ukhuwwah kita bercinta. Dalam berukhuwwah kita berjual beli. Dalam berukhuwwah kita saling tolong menolong. Dalam ukhuwwah kita saling berkongsi citra rasa. Dalam berukhuwwah kita sanggup berkorban.

Apa yang ana boleh simpulkan tema Ukhuwwah Mekar tahun ini sangat memberi kesan besar pada cara fikiran ana, niat ana dan tindakan ana. Ukhuwwah itu pada pandangan kasar nampak pahit, tetapi kepahitan itu akan disusuli dengan kemanisan jika kita benar-benar dalam Ukhuwwah fillah.

Allahu'alam"


  • Khairun Sofea Shahrul:
"MEKAR memang unik, tak sama macam program-program lain yang saya pernah pergi.. perkongsian yang bersahaja tidak berat tapi cukup untuk menyentuh hati..ukhwah di kalangan peserta yang berbagai peringkat usia; ada anak2 kecil dan yang lebih berpengalaman tambah menyerikan lagi MEKAR...makanan memang best..pemilihan tempat yang sangat sesuai, tenang dan cukup menggambarkan indahnya bumi Allah ni..beruntunglah bagi setiap mereka yang terpilih untuk menikmati keharuman kuntum MEKAR sesi yang lepas-lepas dan juga yang bakal mendatang =)"


  • Anonymous:
"-alhmdulillah, pertama kali melihat ukhwah daripada sudut yg sungguh berbeza. syukur pada Allah sbb beri keizinan utk hadir di program ini.
-pglibatan generasi2 yang berbeza (kanak2, undergrad, postgrad, mcik2, pcik2) memberi ruang utk sy belajar byk perkara, dgn pglaman2 org2 yg lebih senior. alhmdulillah.
-rasa rugi kwn2 lain tak datang
-lari seketika daripada tekanan study/kerja dan datang dgn niat utk mengisi jiwa yg kosong, alhmdulillah terisi juga dan memotivasi utk diri ini berusaha dgn lebih lagi! dan belajar utk menyayangi org lain hnya kerana Allah."




Friday, 15 April 2011



Video Mekar 2011 dalam kenangan..




video

Tuesday, 29 March 2011

Perkongsian Online : Musibah Sebenar


Assalamualaikum wbt

"Tidak akan berlaku sesuatu perkara itu melainkan dengan izin Allah SWT.

Akan terhindar kita daripada sesuatu perkara itu juga dengan izin Allah SWT."
...

Saatku melihat dunia dipenuhi dengan peringatan-peringatan besar daripada Sang Pencipta,

Ternyata masih ramai yang terlupa penyebab dihantar peringatan sedemikian rupa..

Dan ramai juga yang tersalah tafsir apakah musibah sebenar yang sepatutnya mereka utamakan..

Kerana boleh jadi suatu perkara yang kita senangi itu, adalah suatu musibah yang membinasakan.

"Musibah yang sebenarnya adalah musibah yang menimpa deen(agama) kita"-Mustafa Masyur

*****************************

Light of Faith kembali lagi dengan Perkongsian Online!

InsyaAllah kali ini, mari sama-sama kita bermuhasabah dengan merenung musibah yang berlaku, juga mengetahui musibah apakah sebenarnya yang paling membahayakan.

Tarikh: 29 Mac 2011 (Selasa)

Masa: 8.00malam - 10.00malam(waktu UK)
3.00 pagi, Rabu (Malaysia)

Penyampai: Bro Jo

Medium : Paltalk (Sila add ID perkongsian_online)

Anda semua dijemput hadir, tidak kira di mana anda berada kerana liputan kami boleh di 'access' dari seluruh dunia!

Anda bolehkan men'download' Paltalk jika masih belum mempunyai application ini.

Bagi yang mempunyai masalah untuk mengakses paltalk boleh menggunakan 'paltalk express' di link berikut :
http://www.paltalk.com/express/

Atau boleh dengar melalui saluran ustream Nur Ramadhan :
http://www.ustream.tv/channel/nur-ramadhan

Atau jika masih mempunyai masalah boleh add Skype : perkongsian_online
*Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada perkongsian_online@yahoo.com

::Moga Allah permudahkan pertemuan kita.Jumpa di sana!::

Thursday, 24 March 2011

POA : Child health and Development : Myths, misconceptions and holistic approach



Buat julung-julung kalinya, Light Of Faith membawakan kepada anda Forum Muslimah secara online. Forum kali ini datang dengan tajuk :

"Child health and Development : Myths, misconceptions and holistic approach"

Ahli panel forum:
1. Dr. Zainab Kassim (Paediatrician with special interest in neonatology )
2. Dr Siti Fazilah Ishak (Community Paediatrician with special interest in child development )
3. Dr Burhanuddin Busu (Orthopaediac surgeon with special interest in paediatric orthopaedic)

Berikut adalah maklumat forum :

Tarikh : 26 MAC 2011 (SABTU)

Masa : 2.00-4.00 p.m (UK) / 10.00 p.m (Msia)
10.00 a.m (New York)/ 12.00a.m,SUN (Brisbane) / 3.00 a.m , SUN (Auckland) / 1.00a.m, SUN (Melbourne) / 11.00p.m (Seoul) / 3.00 p.m (Prague) / 4.00p.m (Cairo)/4.00 p.m (Jordan)

Medium : Paltak (add perkongsian_online)


Boleh download paltalk di sini : www.paltalk.com

Forum boleh juga diikuti melalui saluran ustrean Nur Ramadhan.

Semua muslimat di jemput hadir .Ayuh sama-sama kita memeriahkan forum ini. Jumpa di sana ^_^

Tuesday, 8 March 2011

Official Video MEKAR 2011

MEKAR 2011 OFFICIAL VIDEO

JOM RAMAI-RAMAI!


Sertai Mesra Kembara (MEKAR) anjuran Light of Faith pada 1-3 April 2011 di Beaumanor Park, Loughborough. Bertemakan 'BERUKHUWAH SAMPAI KE SYURGA'.

Banyak aktiviti menarik insyaAllah yang akan membuatkan kita lebih memahami makna sebenar ukhuwah.Juga menguji sejauh mana 'ketelusan' ukhuwah kita.


Yuran: GBP 35
Tarikh tutup pendaftaran: 13 Mac
Pendaftaran online: sila klik pada link di bawah~

https://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dGN3TlZ6Z2Q0NEVuWXRpLUJFeXJK...

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

email: perkongsian_online@yahoo.com
muslimin: Lutfi 07407241553
muslimat: Syahidah 07586658177

terbuka buat semua ^^


ayuh MEKARkan semangat ukhuwah kita!


video

Saturday, 26 February 2011

Friday, 25 February 2011

Mekar 2011




Program: Mekar
Anjuran: Light of Faith ( http://lightoffaith1924.blogspot.com/ )
Tarikh: 1-3 April 2011
Yuran: GBP 35
Tarikh tutup pendaftaran: 13 Mac 2011
Pendaftaran online:
https://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dGN3TlZ6Z2Q0NEVuWXRpLUJFeXJKU1E6MQ

Kenali dua tetamu jemputan kita:

Dr Ugi Suharto: Lahir di Indonesia dan kemudian menyambung pengajian di Malaysia (IIUM).Dianugerahkan dengan gelaran pangkat Ph.D dalam bidang Islamic Civilization (majoring in Islamic Economics) pada tahun 2000 di International Institute of Islamic Thought and Civilization (Istac).

"Para ulama, cendikiawan Muslim, dan para sarjana Islam mesti meluruskan barisan menyatukan misi dan visi untuk Islam, baru ekonomi Islam akan bisa maju. Kita mesti saling bantu membantu dalam hal yang kita sepakati, dan saling memaafkan dalam hal-hal yang tidak kita sepakati." Dr.Ugi Suharto

Hilal Asyraf: Merupakan pelajar dalam bidang Usuluddin di University of Yarmouk, Irbid, Jordan daripada 2008-sekarang. Salah seorang penulis blog langitilahi.com dengan tagline nya 'Mari Menjadi Hamba'.Terkenal dengan penulisan yang banyak berkisar tentang kebergantungan hamba terhadap Tuhan dan juga ukhuwah yang berpaksikan iman.Juga banyak menulis buku/novel tarbiah rohani.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

email: perkongsian_online@yahoo.com
contact muslimin: Lutfi 07407241553
contact muslimat: Syahidah 07586658177

Wednesday, 23 February 2011

MEKAR 2011 video teaser

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes