Saturday 23 April 2011

feedback peserta MEKAR 2011


(gambar oleh Siti Nur Syazwana)



  • Noramira Aminuddin:
"Pertama kali ana melihat tema mekar kali ini dengan berkonsepkan ukhuwwah, masa itu ana hanya fikirkan:

" Owh..hubungan dengan kawan kot..."

Perkara biasa yang selalu disebut oleh mulut dan didengar oleh telinga . Tiada apa-apa yang istimewa. Namun demikian, setelah 2 hari ana mendengar pegisian daripada Dr Ugi dan Hilal Asyraf, ana rasa 'something' yang ana kehilangan selama ni.

Ana dulu hanya fikir satu hal saja iaitu target nak pergi tangkap pelajar-pelajar junior yang masih fresh untuk DF mereka ini. Skop ini sangat sempit dan kecil. Sampai satu saat ana tanya pada diri:

" Aku nak p DF mereka ni hanya kerana aku punya misi atau benar-benar aku ingin berukhuwwah fillah bersama-sama mereka."

Semasa inilah ana sedar bahawa niat ana sudah tidak betul. Apa yang ana nampak sekarang dalam skop ukhuwwah sangat besar. Dalam ukhuwwah kita bercinta. Dalam berukhuwwah kita berjual beli. Dalam berukhuwwah kita saling tolong menolong. Dalam ukhuwwah kita saling berkongsi citra rasa. Dalam berukhuwwah kita sanggup berkorban.

Apa yang ana boleh simpulkan tema Ukhuwwah Mekar tahun ini sangat memberi kesan besar pada cara fikiran ana, niat ana dan tindakan ana. Ukhuwwah itu pada pandangan kasar nampak pahit, tetapi kepahitan itu akan disusuli dengan kemanisan jika kita benar-benar dalam Ukhuwwah fillah.

Allahu'alam"


  • Khairun Sofea Shahrul:
"MEKAR memang unik, tak sama macam program-program lain yang saya pernah pergi.. perkongsian yang bersahaja tidak berat tapi cukup untuk menyentuh hati..ukhwah di kalangan peserta yang berbagai peringkat usia; ada anak2 kecil dan yang lebih berpengalaman tambah menyerikan lagi MEKAR...makanan memang best..pemilihan tempat yang sangat sesuai, tenang dan cukup menggambarkan indahnya bumi Allah ni..beruntunglah bagi setiap mereka yang terpilih untuk menikmati keharuman kuntum MEKAR sesi yang lepas-lepas dan juga yang bakal mendatang =)"


  • Anonymous:
"-alhmdulillah, pertama kali melihat ukhwah daripada sudut yg sungguh berbeza. syukur pada Allah sbb beri keizinan utk hadir di program ini.
-pglibatan generasi2 yang berbeza (kanak2, undergrad, postgrad, mcik2, pcik2) memberi ruang utk sy belajar byk perkara, dgn pglaman2 org2 yg lebih senior. alhmdulillah.
-rasa rugi kwn2 lain tak datang
-lari seketika daripada tekanan study/kerja dan datang dgn niat utk mengisi jiwa yg kosong, alhmdulillah terisi juga dan memotivasi utk diri ini berusaha dgn lebih lagi! dan belajar utk menyayangi org lain hnya kerana Allah."




0 comments:

Post a Comment

Ayuh sama-sama berkongsi :)

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes