“Kita adalah umat yang telah Allah Subhaanahu Wa Taala berikan kemuliaan hanya dengan Islam, maka bagaimanapun juga jika kita mencari kejayaan dengan yang lain, maka Allah akan memberikan kehinaan kepada kita.” [Umar Al-Khattab r.a.]
Pulang bercuti ke Malaysia cuti musim panas kali ini?
Ingin mengisi masa lapang dan bertemu kawan-kawan?
Setelah kemunculan PO, SEGAR ,WISE dan MEKAR, kini sekali lagi, buat julung-julung kalinya di tanah air tercinta, Light Of Faith membawakan kepada anda :
Survival Siswi Solehah (SURE '10) Tarikh : 16 - 18 JULAI 2010 Tempat : Teluk Senangin, Perak Yuran : RM40 (kira-kira £8.50 sahaja! )
Salam wbt buat saudara/i yang dikasihi kerana Allah sentiasa..
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Program Mesra Kembara 2010 (MEKAR 2010) kita berlalu dengan jayanya. Seramai 80 saudara/i muslim/ah berkumpul bersama-sama dalam rangka untuk mencari, membina dan menyebarkan rasa CINTA Kepada Yang Maha Pencipta dan kepada yang diCIpta tanpa sia-sia.
Alhamdulillah, kami bersama-sama menghayati keagungan dan kebesaran-Nya melalui Kitab Terbuka di South Devon, England. Segala puji bgi Allah, yang memudahkan segala urusan kami.
Dengan itu, moga-moga video ini dapat mengabadikan secebis kenangan yang kita telah lakar bersama-sama sepanjang perkelanaan kita di bumi Allah ini.
Tertarik dengan Firman ALLAH swt yang bermaksud;
"dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan mereka; akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya DIA Maha GAGAH lagi Maha BIJAKSANA" (8:63)
Sungguh, ketahuilah, pertemuan kite di Mekar2010 bukanlah pertemuan secara 'kebetulan', tetapi terancang indah oleh Yang Maha Merancang. Moga-moga pertemuan dan perpisahan kita di MEKAR 2010 menjadi satu pembuka jalan kepada sebuah persaudaraan yang lebih utuh, diberkati dan abadi dengan matlamat semata-mata mencari Redha Yang Maha Sempurnya, insya-allah..
Sekumpulan pelajar UK dan Eire yang cuba untuk menggunakan medium alam siber untuk berkongsi dan menyebarkan kefahaman Islam. Mudah-mudahan medan perkongsian ini akan membantu kita semua mendekatkan diri kepada Allah SWT lantas membawa diri kita menjadi mulia disisiNya.