Saturday, 6 November 2010

FIQH WANITA ONLINE : Siri 1-Taharah

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh

Program Fiqh Wanita Online ini akan di bawakan oleh Light of Faith dalam beberapa siri berdasarkan tajuk-tajuk terpilih dan ianya terbuka untuk WANITA sahaja.

Untuk siri yang pertama ini:

Tajuk: Taharah
Penyampai: Ustazah Zaiemilia Mohd Rokhani
(pengkhususan dalam bidang Syariah Islamiyah)

Tarikh: 7 November 2010 (Ahad)

Masa: 12.30-2.00pm (waktu UK)

8.30 p.m - 10.00p.m (waktu Malaysia)
Lokasi: Paltalk


download paltalk scene: http://download.cnet.com/PaltalkScene/3000-2150_4-10043373.html
bagi sesiapa yang tidak boleh login di paltalk scene, boleh guna paltalk express di: http://www.paltalk.com/express/

“Barangsiapa mengerjakan suatu amalan tanpa ada dasar dari urusan (agama) kami, maka ia tertolak.” (HR Muslim)

Sesiapa yang mempunyai soalan awal berkaitan dengan tajuk Taharah boleh mengemukakannya dengan mengisi borang di link berikut: https://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dEJaaER1U2RpSGNLdk9JVXZ0Q1M0dkE6MQ

Moga Allah melapangkan kita untuk sama-sama hadir mendengar dan berkongsi, insyaAllah. Hingga jumpa nnti...

Saturday, 2 October 2010

Sudah cukup berhati-hati?



Ketika memandu di jalan yang tidak rata dan berlubang, apakah yang anda lakukan?

Ketika meredah hutan mendaki bukit ketika sedang beriadah bersama rakan-rakan, langkah bagaimana yang akan anda ambil?

Ketika sedang meredah sungai yang dasarnya dipenuhi batu-batu untuk ke seberang, berapa banyak perhatian anda pada setiap langkahanmu?

Juga, ketika melalui jalan yang penuh duri, bagaimanakah anda akan menempuhnya?

Tiada cara berjalan yang lain, melainkan berjalan secara berhati-hati agar tidak terbabas apabila tayar termasuk lubang, tidak terjatuh ketika sedang mendaki, tidak tergelincir ketika sedang menyeberang, dan tidak terluka ketika sedang melalui jalan berduri.

Ini respond manusia, respond yang dipengaruhi oleh pancaindera kita terutamanya mata yang melihat risiko-risiko yang bakal dihadapi jika tersilap melangkah. Respon yang dihantar ke otak untuk mentafsir dan mengawal pergerakan kaki agar berhati-hati dan anggota lain untuk bersedia untuk sebarang kemungkinan. Tidak dinafikan, kedua mata anugerah Allah ini cukup bernilai bagi setiap individu yang dilahirkan mampu untuk melihat.

Namun, bagaimana dengan respon iman terhadap apa yang kedua mata ini lihat di sekelilingnya?

Mari, duduk seketika bermuhasabah tentang sejauh mana mata kita ‘berhati-hati’ terhadap apa yang kita lihat.

Realiti persekitaran

Dunia, dan segala isinya hampir penuh dengan perkara yang memenuhi kehendak musuh iman. Siapakah musuh iman? Dialah AN-NAFS, yang mendiami diri manusia sejak azali, yang sukar untuk mengakui bahawa dirinya adalah hamba Allah sebelum Allah izinkannya mendiami tubuh sebaik-baik ciptaanNya, yakni manusia.

Maka kepada saudara-saudaraku yang masih mampu melihat dengan mata zahirmu, pandanglah ke sekeliling! Kemudian bermuhasabahlah. Apa masih persekitaranmu mentaati Allah? Apa masih persekitaranmu wujud suasana soleh yang mendorongmu untuk mencari redha Allah? Apa masih ada lagi saudara-saudaramu yang sama-sama mengajakmu menjaga mata pandangan daripada memandang perkara yang haram buatmu?

Astaghfirullahal azim...

Jadi bagaimana anda boleh berhati-hati dalam perkara zahir seperti lubang, duri dan batu, tetapi buta dan leka apabila berdepan dengan perkara di persekitaranmu yang turut menggunakan pancaindera yang sama?

Semuanya kerana mata lahiriah kita, tidak punya ‘sesuatu’ yang dipunyai oleh mata hati. Namun perbandingan antara keduanya, cukup untuk membuat kita berfikir sejenak. Itulah AL-IMAN, yang seharusnya mendasari setiap anggota, setiap langkah, setiap detik, setiap nafas malah setiap degupan jantung kita!

Iman mendasari mata hati

Yakin, percaya, membenarkan dan tunduk kepada Allah yang Esa dan mengikuti ajaran PesuruhNya adalah asas kepada jati diri manusia. Asas inilah yang diperlukan untuk setiap daripada kita menjadi lebih berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lihat, kita buat dan kita pilih. Juga keyakinan inilah yang bakal menentukan respond kita terhadap perkara-perkara di sekeliling kita.

Daripada Rasulullah SAW:

Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.

(HR Muslim)

Hakikatnya, manusialah yang memerlukan iman. Manusialah yang perlu menjaga dan memelihara imannya. Kelalaian menjaganya tidak merugikan sesiapa, tetapi merugikan diri kita sendiri juga akhirnya.

Maka saudaraku, saya ingin tanya semula kepada anda. Bagaimana respond iman anda apabila melihat dunia dan realitinya?

Jika masih ada terasa sedih dengan realiti manusia, suburkanlah rasa itu dengan usaha untuk memperingatkan mereka.

Jika terasa marah dengan tindakan manusia lain, kawal rasa itu dan ubah dengan menegur secara bijaksana.

Jika terasa bahagia dengan suasana soleh yang telah tercipta, alhamdulillah dan peliharalah ia.

Jika anda tidak punya rasa, getaran atau tidak tersentuh hati anda pada setiap yang berlaku, maka sujudlah kembali, memohon keampunan pada Allah kerana bimbang sudah kehilangan hati dan sensitiviti imannya.

Kerana secara lahiriah dan ruhaniahnya, kita seharusnya berhati-hati.

Moga Allah redha.

Thursday, 9 September 2010

Salam Aidilfitri dari kami


Assalamualaikum warahmatullah...

Buat hamba Ramadhani, Ramadhan telah berlalu...

Untuk hamba Rabbani, moga tarbiah Ramadhan meninggalkan kesan dalam dirimu..

Semoga Ramadhan benar-benar menghadiahkan taqwa buat bekalan pada hari-hari yang akan mendatang..

Kami warga Light of Faith mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidin Wal Faizin kepada semua petugas, pengunjung, penyokong, pendengar, dan semua kaum Muslim walau di mana sahaja antum berada.

Di dalam kesempatan ini kami ingin memohon seribu kemaafan di atas segala kekhilafan yang telah dilakukan, baik secara sedar mahupun tidak sedar sepanjang kami mengendalikan aktiviti-aktiviti bersama antum. InsyaAllah, segala teguran dan nasihat bakal kami jadikan motivasi untuk berusaha dengan lebih baik.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang selalu menyokong program-program kami seperti Perkongsian Online, Kuliah Subuh Online, Tadarus Online, Radio Ramadhan, Mesra Kembara (MEKAR), Survival Siswi Solehah(SURE), Pre-departure(PURE) dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk sentiasa bersama Light of Faith pada program-program yang akan datang, semoga sama-sama kita dapat bekerjasama dalam mencari redha Allah, insyaAllah.


Di dalam kesempatan ini, kami ingin memberi beberapa tips menarik yang boleh dipraktikkan ketika kita semua sedang sibuk membuat persiapan, melayan tetamu dan sebagainya. Semoga setiap tindakan kita itu, mendapat pahala daripada Allah SWT.

1. Mulakan setiap aktiviti atau pekerjaan kita seperti mengacau rendang di kuali dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, semoga berkat rendang yang hendak dihidangkan nanti.

2. Jika kebosanan menunggu lemang yang masih belum masak, hiburkan hati dengan melagukan Asma Ul-Husna atau zikir munajat agar hati sentiasa tenang menolong kaum keluarga di dapur.

3. Sambil menunggu kuih raya yang sedang dibakar di dalam oven, ambil al-Quran kecil anda dan bacalah satu muka surat. Selesai satu muka, pergi lihat keadaan kuih yang tengah dibakar, agak masak dengan sempurna. Boleh dipraktikkan pada aktiviti-aktiviti yang mempunyai sela masa, dengan mengisi sela masa tersebut dengan satu muka surat al-Quran.

4. Dalam perjalanan ke rumah atuk atau sedara, pilihlah saluran radio IKIM.fm yang akan sentiasa mengisi masa perjalanan kita dengan tazkirah dan nasyid yang menyenangkan. Dan yang paling penting sekali, ia turut memberitahu kita supaya peka dengan waktu solat :) (Bagi yang berada di perantauan, boleh pasang CD nasyid dan zikir anda)

5. Ingatlah, tetamu yang datang bakal membawa rahmat ke dalam rumah kita. Amalkan senyuman yang manis, dan muliakan tetamu anda dengan memberi layanan yang baik kepada mereka.

6. Jangan lupa untuk mengamalkan budaya memberi salam ketika menziarahi rumah kaum keluarga dan rakan-rakan. Masuklah ke rumah mereka bermula dengan kaki kanan, dan sebelum pulang, doakan kesejahteraan dan keselamatan penghuni di dalam rumah tersebut.

7. Jika anda bermusafir untuk pulang ke kampung, banyakkanlah berdoa sepanjang perjalanan tersebut kerana antara doa yang mustajab adalah doa orang yang sedang bermusafir :)

8. Pilihlah untuk menonton program-program televisyen yang bermanfaat dan tidak melalaikan. Elakkan daripada menonton program nyanyian, tarian dan games show yang keseluruhannya hanya untuk hiburan yang tidak mengingatkan kita kepada Allah. Jika sampai berebut dengan adik-adik untuk menonton rancangan yang berbeza, tutup sahaja televisyen dan ajak adik-adik anda untuk pergi menziarahi jiran sebelah rumah :)

9. Sabda Rasulullah SAW, kebanyakan penyakit berpunca daripada perut. Maka, awasi kuantiti dan kualiti makanan yang anda makan di hari raya ini. Ingat, makan kerana lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jika ingin merasai pelbagai jenis juadah, tidak perlu ulangi juadah yang sama apabila anda ke rumah orang lain pula.

10. Kaji semula salasilah keluarga anda agar anda dapat memastikan dengan tepat siapakah yang boleh dan tidak boleh anda salam dan membuka aurat ketika di kampung atau berkumpul sesama saudara. Boleh rujuk Surah An-Nur, surah ke-24, ayat 31.



Kerna taqwa itu adalah berhati-hati dalam mencari redha Allah. Maka dalam setiap tindakan kita, perlu ada usaha untuk melakukan yang terbaik dan yang Allah redha, insyaAllah.

Salam Aidilfitri daripada kami, dan selamat beramal (^_^)

Saturday, 28 August 2010

Perkongsian Online : Ramadhan dan Kesihatan




Assalamualaikum wbt,

Kali ini Perkongsian Online mahu berkongsi pengetahuan mengenai beberapa faedah puasa dan kebaikannya dalam menjaga kesihatan manusia dan menghindarkan penyakit. Sebagaimana kita tahu, terlalu banyak kematian sekarang ini kerana penyakit dan ramai di kalangan mereka mati ketika di usia muda lagi. Antara pembunuh2 utama seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya berpunca kebanyakannya dari pemakanan k...ita sendiri. Sesuailah dengan hadith nabi yang bermaksud , “perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“.

Semua perintah Allah S.W.T yang Dia syariatkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat, begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah S.W.T pasti kerana adanya kemudharatan dan bahaya bagi hambaNya, baik bahaya di dunia mahupun di akhirat. Baik difahami mahu pun tidak, baik di sedari ataupun tidak pasti kerana bahayanya. Semua perintah dan larangan Allah S.W.T ada HIKMAHnya.

Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan kita jalani, pasti mengandungi manfaat dan faedah yang tersendiri. Walaupun masih ada lagi orang yang kalah dengan nafsunya beranggapan bahawa puasa itu hanya sebagai beban yang memberatkan, atau hanya ujian keimanan dari Allah , atau hanya sekadar suatu amalan ibadah yang berhak dihargai dengan suatu balasan dan pahala, atau hanya sekadar untuk latihan pengekangan nafsu atau hanya sekadar untuk mengangkat manusia dari darjat haiwan.

Perkongsian Online kali ini bersama seorang Doktor yang berpengalaman luas dalam bidang perubatan yang akan mengupas tajuk yang sangat ideal dengan waktunya insyaAllah.


Tajuk : Ramadhan dan Kesihatan
Tarikh : 28 August 2010 (Sabtu)
Masa : 3.00 ptg (waktu UK)
10.00 mlm (waktu Malaysia)

Penyampai: Dr. Burhanuddin Busu

(Jemputan akan dimulakan pada pukul 2.45 ptg)

Medium : Paltalk dan Skype (Sila add ID perkongsian_online)

Anda semua dijemput hadir, tidak kira di mana anda berada kerana liputan kami boleh di 'access' dari seluruh dunia!

Bagi yang mempunyai masalah untuk mengakses paltalk boleh menggunakan 'paltalk express' di link berikut :
http://www.paltalk.com/express/

*Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada perkongsian_online@yahoo.com

::Moga Allah permudahkan pertemuan kita.Jumpa di sana!::

Friday, 20 August 2010

Mari mengimarahkan Ramadhan








Tadarus untuk Muslimah

Setiap Rabu dan Sabtu

Sepanjang Ramadhan

Jam 6.00 pagi (waktu UK)
1.00 petang (waktu Malaysia)

Sila 'add' di Skype:
atifshamil/nur.salimah




Radio Ramadhan

Setiap Hari

Pukul 8.15 malam(waktu UK)

"Kuliah Tafsir Ustaz Zahazan"

Add di Paltalk:
perkongsian_online





Mari bersama memeriahkan Ramadhan kita!

Semoga Allah memberkati segala usaha kita untuk mencari redhaNya. Amin.

Tuesday, 10 August 2010

Maklumat PURE 2010


Pre-departURE (PURE) 2010


Tarikh : 14 - 15 Ogos 2010 (Sabtu -Ahad)

Tempat : Nur Sungai Merab, Bangi

Yuran : RM30

Link website tempat program: klik sini






Cara ke tempat program:

1. Dengan menaiki bas express : Turun di Hentian bas Kajang.

Hubungi urusetia program (spt di dalam poster) sebelum menaiki bas dan semasa tiba di Kajang. InsyaAllah kami akan mengambil peserta di stesen bas dan dibawa terus ke tempat program, di Nur Sungai Merab.

2. Dengan menaiki kereta api: Jika menaiki KTMB luar daripada Selangor, turun di KL Sentral kemudian naik komuter antara bandar ke stesen UKM.

Hubungi urusetia untuk memaklumkan keberadaan anda. InsyaAllah pihak kami akan mengambil anda di stesen komuter UKM untuk ke tempat program.



Sebarang pertanyaan boleh ditujukan secara email di perkongsian_online@yahoo.com atau hubungi saudara Fahmi (017-6762198) atau saudari Huda (019-3774051)



Pre-departURE (PURE) 2010



Anda ingin melanjutkan pengajian ke luar negara ?

Risau? Takut? Gelisah? Apa lagi yang menghantui?

Ingin mengisi masa lapang dan bertemu kawan-kawan baru?

Ingin bersama-sama kami di awal Ramadhan menikmati program-program yang menarik?

Segalanya dapat dirasai dan ditempuhi dengan menemui kami di PURE..


Antara program-program yang bakal disajikan insyaAllah :


Tayangan Video: Life as an Oversea Student @ life abroad.

Sesi soal jawab bersama senior university (Process slps dpt result IB, A level etc; Cerita University, / ‘What to bring and what not to bring?’etc).

Solat Asar berjemaah –Solah in the Garden(Praktikal solat di Oversea)

Riadah –Bonding

Berbuka puasa beramai-ramai ( sure seronok! ) ('',)

Dialog Santai (ala2 forum)-tajuk: Life in oversea: cabaran Muslim dan Muslimah

Persembahan Video University2 (‘Inhale-You’re almost there’)

Kuliah Subuh:Ramadhan; Bulan Agung

Fiqh Perantau: Latihan Amali, Demonstrasi & Praktikal (Solat Jama’ Qasar; Khuf; Makanan Halal Haram; Samak; Tayammum etc)

dan bermacam-macam lagi...



Dengan itu, Light Of Faith membawakan kepada anda :

Pre departURE (PURE)
Tarikh : 14 - 15 Ogos 2010
Tempat : Nur Sungai Merab, Bangi
Yuran : RM30


Ayuh, daftar sekarang di : klik sini

Tarikh tutup penyertaan : 13 Ogos 2010


Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada
perkongsian_online@yahoo.com


Moga Allah permudahkan urusan setiap daripada kita.
Jumpa di sana!










Friday, 30 July 2010

Perkongsian Online : Hakikat Alam dan Kehidupan





Alangkah ruginya kita.
Allah memanjangkan umur kita sehari lagi
tetapi kita mencemari paginya dengan keluhan.

Alangkah ruginya kita
...ketika Allah menguji kita dengan sedikit kepayahan
lalu kita menyesali kehidupan.

Alangkah ruginya kita
apabila Allah uji dengan sedikit kesusahan
lalu kita melupakan segala kesenangan yang pernah diberikanNya.

Alangkah ruginya kita
apabila sedikit keburukan yang Allah timpakan
lalu kita mengingkari segala kebaikanNya yang melimpah ruah.

Alangkah ruginya kita
ketika kehidupan telah berakhir
namun tidak ada bekal yang kita bawa pulang

Alangkah ruginya kita
ketika kita mula insaf dan menyesal
namun semuanya tidak berguna lagi.

"Sesungguhnya orang yang rugi itu adalah orang merugikan dirinya dan ahli keluarganya di hari Qiamat. Ketahuilah bahawa itulah kerugian yang sebenar-benarnya"

Perkongsian Online kali ini bersama tetamu istimewa didatangkan khas dari Jordan yang akan mengupas tajuk yang tidak kurang pentingnya,


Tajuk : Hakikat Alam dan Kehidupan
Tarikh : 31 Jul 2010 (Sabtu)
Masa : 2.00 ptg-4.00 ptg (waktu UK)
9.00 malam - 11.00 malam (waktu Malaysia)

Penyampai: Bro Ammar Ismail

(Jemputan akan dimulakan pada pukul 1.45 ptg)

Medium : Paltalk (Sila add ID perkongsian_online)


Anda semua dijemput hadir, tidak kira di mana anda berada kerana liputan kami boleh di 'access' dari seluruh dunia!

Bagi yang mempunyai masalah untuk mengakses paltalk boleh menggunakan 'paltalk express' di link berikut :
http://www.paltalk.com/express/

Atau jika masih mempunyai masalah boleh add ID= YM : perkongsian_online
*Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada perkongsian_online@yahoo.com

::Moga Allah permudahkan pertemuan kita.Jumpa di sana!::

Wednesday, 7 July 2010

SURE : Maklumat program SURE

Apa?

Survival Siswi Solehah (SURE ’10)

Siapa?

Peserta : Para siswi dari dalam dan luar negara
Anjuran : Light Of Faith

Bila?

16 – 18 Julai 2010

Di mana?

De-Idaman Chalet
No. PT. 2100,
Teluk Senangin,
32100 Lumut,
Perak Darul Ridzuan

Yuran?

RM40 (kira-kira £8.50)
-bayaran adalah termasuk makanan dan tempat penginapan sepanjang program

Tentatif?

Program bermula dari :
16 Julai 2010 (Jumaat) : 3.00 petang
Dijangka tamat pada :
18 Julai 2010 (Ahad) : 2.00 petang

Aktiviti?

Antaranya:

SURE talk
SURE ukhwwah
SURE teroka
SURE sedap
Dan banyak lagi…InshaAllah

Bagaimana?

Dengan kenderaan sendiri :

Dari Kuala Lumpur, melalui Lebuhraya Utara-Selatan,susur keluar ke Bidor kemudian melalui Teluk Intan dan anda perlu menuju ke daerah Sitiawan/Manjung. Dari sini,hanya kira-kira setengah jam sahaja untuk sampai ke destinasi.

Jika anda daripada negeri-negeri sebelah utara (eg Perlis,Kedah,Pulau Pinang) , susur keluar di Changkat Jering,memasuki jalan ke Trong dan pandu terus ke Pantai Remis dan Segari.



Boleh juga cuba rujuk peta dan jalannya disini.

Dengan bas :
Ambil mana-mana Bas Ekspress yang mempunyai destinasi ke SRI MANJUNG,PERAK

Tempat bertemu?

(1) Bagi yang menaiki bas ekspress,hendaklah turun di Stesen Bas Sri Manjung, Perak. Disitu nanti akan ada wakil kami yang akan mengambil untuk dibawa ke tempat penginapan.

Para peserta hendaklah tiba di Stesen Bas Sri Manjung,Perak pada masa-masa berikut untuk memudahkan proses ke tempat penginapan:

1- Jumaat (16 Julai 2010) . Masa : Sebelum 1.00 petang ATAU
2- Khamis (15 Julai 2010) Masa : Selepas 1.00 petang


Pilihan kedua di syorkan supaya peserta dari negeri-negeri yang agak jauh dapat berkumpul sebelum program bermula.Penginapan pada hari Khamis ini turut disediakan oleh pihak penganjur.

(2) Bagi yang membawa kenderaan sendiri, boleh terus ke De-Idaman Chalet pada hari Jumaat tersebut,dan bertemu di situ pada jam 3.00 petang.

Macam mana nak daftar?

Klik sini untuk borang pendaftaran

Tarikh tutup penyertaan?

12 Julai 2010



Sebarang pertanyaan?

Email : perkongsian_online@yahoo.com

Telefon : 013-5093441 (Husna) / 019-3774051 (Huda)


Moga Allah mudahkan untuk kita jumpa nanti.





Monday, 5 July 2010

Video Promo SURE '10




Anda seorang siswi ?

Pulang bercuti ke Malaysia cuti musim panas kali ini?

Ingin mengisi masa lapang dan bertemu kawan-kawan?

Setelah kemunculan PO, SEGAR ,WISE dan MEKAR, kini sekali lagi, buat julung-julung kalinya di tanah air tercinta, Light Of Faith membawakan kepada anda :

Survival Siswi Solehah (SURE '10)
Tarikh : 16 - 18 JULAI 2010
Tempat : Teluk Senangin, Perak
Yuran : RM40 (kira-kira £8.50 sahaja! )

Ayuh ,daftar sekarang di : http://lightoffaith1924.blogspot.com/2010/07/pendaftaran-sure-10-dibuka-sekarang.html

Tarikh tutup penyertaan : 12 Julai 2010

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada
perkongsian_online@yahoo.com

Moga Allah permudahkan urusan setiap daripada kita.
Jumpa di sana!

Thursday, 1 July 2010

Pendaftaran SURE '10 dibuka sekarang!

Tuesday, 29 June 2010

Renungan Bersama: Ekstrim itu di sana...



Ekstrim itu di sana...

Oleh: Bro Jo, Warwickshire


Dalam meniti hari-hari di bumi permaisuri ini, sudah pasti diantara topik-topik bualan harian adalah terkait dengan faktor cuaca. Maklumlah, tanah bermusim empat ini pasti sentiasa berubah waktu dan ketika, cerah dan gelapnya, berdaun dan kadang-kala gugur, bersalji dan kadang-kala kering. Indahnya cuaca ciptaan Allah swt yang dinamakan winter, spring, summer dan autumn. Dan seperti biasa, antara isi bualan manusia adalah terkait dengan suhu, sejuk atau panas. Ketika winter membuka tirai, biasanya keluhan tidak selesa dengan kedinginan melampau (ekstrim) manakala di kala summer menjelma, terpacul pula keluhan 'hari ni panas sangat la'...dan dialog-dialog ini sudah pasti berputar mengikut pusingan musim yang pasti berubah dengan izin Allah swt. Manusia, tetap dengan sifatnya yang lemah, penuh dengan keluh dan kesah... Hidup bagi mereka sentiasa penuh dengan ketidak sempurnaan dan tanpa disedari (mungkin tidak sengaja) keluhan tersebut seolah-olah menyatakan 'ada yang tidak kena dengan ketetapan ciptaan Allah swt ini'. Nauzubillah min zalik.




Keinginan yang pelbagai...


Itulah manusia. Uniknya terletak pada keingginan yang pelbagai. Diciptakan Allah swt dengan balutan nafsu, dicampak pula di tengah-tengah pelbagai bentuk kenikmatan. Suka atau tidak, manusia bukan hanya diuji dengan sesuatu yang dibenci sahaja, tetapi juga diuji dengan kenikmatan. Adakah nikmat yang ada ini, mendekatkan kita kepadaNya?

Jika diperhalusi dan diteliti (muhasabah), ramai yang jatuh terkulai disebabkan sentiasa inginkan sesuatu yang melebihi batasan yang telah ditentukan Allah swt. Sentiasa berhajat pada sesuatu yang melampau (ekstrim). Jika berhibur, melampaunya sampai rosakkan aqal yang sihat, rosakkan maruah yang berharga. Jika kaya, harta dibazirkan tanpa dihitung lagi, perilaku syaitan menjadi ikutan. Jika makan, seolah-olah tidak pernah bertemu makanan seumur hidup, dilahap sungguh-sungguh dan berakhir dengan kenyang, penat, letih, lemah dan membazir. Senaraikan, pasti bertemu dengan sifat melampau tersebut (ekstrim).

Benarlah kata-kata As-Syahid Syed Qutb yang dirahmati Allah swt, 'manusia yang duduk dalam nikmat terlalu lama, hingga terlupa dia berada dalam kenikmatan', dan tetap ingin kenikmatan yang melampau (ekstrim).

Ketika bersuhu dingin, kita berhajat kepada kepanasan manakala jika dalam musim panas terdetik juga inginkan kesejukan. Jika miskin, selalu beranggan-anggan nak jadi kaya dan bila dah kaya beranggan-anggan pula nak jadi kaya-raya. Inilah roda keinginan yang tidak pernah berhenti kecuali apabila nyawa telah berada di tahap ingin meninggalkan kita di kerongkongan nanti.

Dunia bersifat sederhana...


'Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. Al-Furqan: 67

Al-Quran banyak berbicara terkait kehidupan dunia yang bersifat sementara dan sederhana ini. Ummatan wasothan sudah pasti menjadi pilihan kita. Ummat pertengahan.

'Dan demikianlah Kami telah menjadikan kalian sebagai umat pertengahan (ummatan wasathan)...' (al-Baqarah: 143)

“Alangkah ajaibnya orang mukmin, dan hal ini hanya berlaku kepada orang mukmin. Sekiranya ia mendapat kebaikan, ia bersyukur, maka itu perkara yang baik. Sekiranya ia ditimpa musibah, ia bersabar, maka itu perkara yang baik.” Hadith Riwayat Muslim.

Mukmin yang benar itu adalah mukmin yang sederhana. Tidak gelojoh dengan nikmat dunia dan tidak pula bersedih hati dengan ujian yang menimpa.

Disatu sisi yang lain, manusia yang tersesat adalah mereka yang gelojoh dan tidak sabar kepada nikmat dunia dan melampau dalam menikmatinya. Jika meninggalkan ajaran dan suruhan Islam untuk mengejar kenikmatan melampau (ekstrim) di dunia ini, sudah pasti kita menjadi manusia yang akan rugi di akhirat nanti.. Ini kerana ektrim itu di sana nanti.

Ekstrim itu di sana..


Bagi mukmin, ekstrim itu disana.., yakni Darul Akhirah (negeri akhirat).
Di Darul Akhirah nanti, bagi orang-orang yang beriman akan kekal berada dalam kenikmatan syurga yang melampau (ektrim).. katakan apa sahaja nikmat yang diinginkan? pasti ada, pasti dapat dan tanpa batasan.. (ekstrim). Makan disyurga Allah boleh tanpa henti, minum boleh tanpa henti, buah-buah boleh dipetik dengan jari, bidadari mengelilingi diri, katakan apa sahaja sudah pasti akan kita dapati... Tiada lagi keluh kesah panas atau sejuk, tiada lagi kedengaran gendang kelaparan, tiada lagi merasa keletihan, tidak perlu lagi kita bersabar, lakukan apa sahaja yang diinginkan wahai penghuni syurga Allah swt... Ekstrim kenikmatan itu di syurga Allah swt nanti..

Di sana juga, terdapat ekstrim yang kedua,.. yang pasti mendukacitakan kita..Darul Akhirah juga menyajikan azab yang melampau (ekstrim) kepada mereka-mereka yang ingkar dan mereka-mereka yang telah memilih untuk melampau (ekstrim) semasa di dunia ini. Di sana nanti sedang menunggu neraka Allah swt yang penuh dengan nilai ekstrim yang tiada hentinya. Dituang minuman panas yang menggelegak, dibakar dengan kepanasan yang melampau, dipenuhi darah dan nanah, katakan apa bentuk ketidaksukaan manusia hari ini, pasti disana nilainya jauh lebih tinggi (ekstrim). Azab tiada henti (ekstrim). Tiada sedikit pun kelalaian, kerengangan masa dan kekurangan. Di azab pada kepanasan, kesakitan, kekeluhan yang tiada henti dan berterusan..

Oleh itu, marilah kita berfikir dan merenung sekejap, untuk kita menahan diri dari merangkul dunia ini tanpa batasan (ekstrim). Tenangkan diri walaupun kita merasakan ianya sukar, bersederhana dalam tingkahlaku, pakaian, kenderaan, makan-minum dan gunakan lebihan-lebihan yang ada untuk kita jadikan pelaburan (infaq) bagi mendapat nikmat melampau (ektrim) di syurga Allah swt nanti.. Biarkan orang-orang kafir tertipu dengan nikmat dunia yang sementara ini.. kelak nanti mereka juga akan mendapat nilai ektrim (melampau) tetapi dalam bentuk azab Allah swt.. tak perlu dengki kepada mereka.

Ekstrim itu disana rupanya.. di Darul Akhirah nanti..



Wednesday, 23 June 2010

Pengumuman : Akan datang... SURE

video

Survival Siswi Solehah (SURE)

16 Julai - 18 Julai 2010

Sunday, 20 June 2010

Rakaman PO : Tarbiyah Dzatiyah

Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillah, dengan bantuan dan rahmat daripada Allah SWT, PO dapat berlangsung sekali lagi semalam.

Dengan tajuk yang mungkin tidak terlalu asing bagi sebahagian daripada kita yang mula berkenal-kenal dengan jalan dakwah dan tarbiyah, TARBIYAH DZATIYAH merupakan salah satu komponen tarbiyah yang penting bagi setiap mukmin.

InshaAllah bagi pendengar-pendengar yang terlepas sesi PO kali ini,atau yang berhajat untuk mendengar kembali, boleh memuat turun audio rakaman disini.

Teringat kata-kata Mustaffa Masyhur,

Tarbiyah bukanlah segalanya-galanya, tetapi segala-galanya hanya boleh dicapai dengan tarbiyah.
Wallahualam.

Thursday, 17 June 2010

Perkongsian Online: Tarbiyah Dzatiyah


Perkongsian Online kembali lagi!

Apabila keseorangan, apakah masih kekal semangatmu?

Apabila kesunyian, apakah masih berjalan amalanmu?

Apabila tiada teman-teman untuk membina suasana soleh di sisimu, apakah luntur tekadmu untuk kekal di dalam suasana itu?

Dan yang paling ditakuti....apabila tiada pembina-pembina jiwa di sisimu, apakah akan kembali jahiliahmu?

Perkongsian Online kali ini bersama tetamu istimewa akan mengupas tajuk yang tidak kurang pentingnya, sempena cuti-cuti musim panas kali ini...


Tajuk : TARBIYAH DZATIYAH
Tarikh : 19 Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi-12.00 tengahari (waktu UK)

5.00 petang - 7.00 malam (waktu Malaysia)

Penyampai: Abu Umar

(Jemputan akan dimulakan pada pukul 9.45 pagi)

Medium : Paltalk (Sila add ID perkongsian_online)

Anda semua dijemput hadir, tidak kira di mana anda berada kerana liputan kami boleh di 'access' dari seluruh dunia!

Bagi yang mempunyai masalah untuk mengakses paltalk boleh menggunakan 'paltalk express' di link berikut :
http://www.paltalk.com/express/

Atau jika masih mempunyai masalah boleh add ID= YM : perkongsian_online
*Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada perkongsian_online@yahoo.com

::Moga Allah permudahkan pertemuan kita.Jumpa di sana!::

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes