Wednesday, 28 April 2010

MEKAR 2010: Corat Coret Rindu dari Seorang Peserta

Rasanya, dah ada dua ‘entry’ yang meluah rasa jiwa tentang MESRA KEMBARA 2010: Torquay, Devon. Tapi kali ini, Bunga juga mahu mencoret..mungkin juga isinya sama..yang pasti caranya berbeza..yeaayy!Sungai di CP 'Kembara Anak-anak kita'=..MENCARI CINTA..=Sangat tepatlah tema kali ini “Mesra Kembara Mencari Cinta” dengan pengisian di dalamnya.. kerana Bunga amat pasti, setiap jasad yang hadir kali ini dipenuhi dengan jiwa-jiwa penuh rasa cinta saat menjelang pengakhiran program ! Benar kan??Bergambar di CP 1 'Kembara Kita'=CINTA KAN ALLAH..SELAMANYA BAHAGIA=Bagaimana mahu dipupuk kecintaan terhadap Illah yang satu itu andai tidak mengenaliNya dan mengakui kekuasaanNya?Dan inilah peluang terbaik..MEKAR menjadi antara platform effektif untuk mengenal...

Wednesday, 21 April 2010

MEKAR 2010: Video Kenangan Kita Bersama

Salam wbt buat saudara/i yang dikasihi kerana Allah sentiasa..Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Program Mesra Kembara 2010 (MEKAR 2010) kita berlalu dengan jayanya. Seramai 80 saudara/i muslim/ah berkumpul bersama-sama dalam rangka untuk mencari, membina dan menyebarkan rasa CINTA Kepada Yang Maha Pencipta dan kepada yang diCIpta tanpa sia-sia.Alhamdulillah, kami bersama-sama menghayati keagungan dan kebesaran-Nya melalui Kitab Terbuka di South Devon, England. Segala puji bgi Allah, yang memudahkan segala urusan kami.Dengan itu, moga-moga video ini dapat mengabadikan secebis kenangan yang kita telah lakar bersama-sama sepanjang perkelanaan kita di bumi Allah ini.Tertarik dengan Firman ALLAH swt yang bermaksud;"dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan...

MEKAR2010: 'Kembara Mencari Cinta Ilahi disulami Cinta Insani'

Mekar10 baru sahaja berlalu namun ukhuwah dan kerinduan yg terjalin masih berbunga dan berkembang mekar sehingga kini sesuai dengan musim bunga yang menjelang tiba. Terngiang-ngiang bisikan kasih persaudaraan di angin lalu bersama panggilan bayu istimewa dari selatan England. Maka tanggal 2 April 2010 membawa kita berjaulah ke lokasi bernama Torquay dalam daerah Devon. Jaulah kali ini menyaksikan kehadiran rakan-rakan dari Ireland, dari Mesir, dari Nottingham, dari Coventry, dari Birmingham, dari Wales, dari Liverpool, dari London, dari Canterbury, dari Surrey, dari Southampton dan juga dari Plymouth dengan jemputan istimewa seorang fasilitator khas dari Malaysia. Inilah kembara jaulahku bersama seorang rakan sefamili yang telah lama terpisah,...

Monday, 19 April 2010

Perkongsian Online : Soal jawab Sirah dan Fiqh

Perkongsian_online kali ini bersama tetamu istimewa!InsyaAllah, jangan lepaskan peluang bersama dua orang tetamu perkongsian_online yang berpengalaman ini..Tajuk : Sesi Soal Jawab Sirah dan FiqhTarikh : 20 April 2010 (Selasa)Masa : 8.30 malam-10.30 malam (waktu UK)-selepas solat MaghribPenyampai: 1. Ustaz Mohd Darus Senawi-penterjemah Raheeq Makhtum (The Sealed Nectar) dan FiqhSirah2. Ustaz Abdul Hadi Osman-Anggota Syariah negeri Perlis(Jemputan akan dimulakan sejak 8.15 malam lagi)Medium : Paltalk (Sila add ID perkongsian_online)Para pendengar digalakkan untuk menghantar lebih awal soalan-soalan yang ingin ditanya kepada penceramah menerusi link di bawah:http://www.formspring.me/KongsiOnlineInsyaAllah soalan-soalan anda akan cuba dijawab sepanjang...

Wednesday, 14 April 2010

Renungan Bersama: Pelajaran dari Musim Bunga

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. MUSIM BUNGA tiba lagi!Alhamdulillah, tiba sudah musim bunga yang kita nanti-nantikan keceriaannya. Saya bilang, tentu saja ramai di kalangan kita berusaha megambil peluang mengambil dan merakamkan gambar-gambar bunga-bunga yang sedang mekar indah ini. Sungguh, saya sendiri tak terkecuali walaupun tak lah memiliki Camera DSLR lagi (ngee..). Meskipun ini adalah musim bunga kedua yang saya lalui sepanjang saya berkelana di bumi UK ini, masih saya belum puas menatap dan menghayati kebesaran ALLAH pada bunga-bunga yang indah nian ini.Dalam pada itu, terlintas di hati saya, sibuknya kita pada bunga-bunga ini harus seiring dengan sibuknya kita pada urusan keimanan kita kepada-Nya. Bahkan,...

Tuesday, 6 April 2010

Perkongsian Online : Mengambil didikan daripada sirah

Perkongsian Online (P.O) kembali lagi! Anda pernah mendengar sirah? Terpulang sama ada secara lansung atau tidak lansung, pati ada diantara kita yang sering mendengar kisah-kisahnya. Tidak lupa juga bagi mereka yang mempelajarinya untuk peperiksaan. Namun begitu, adakah sirah ini dipelajari/diceritakan , hanya kerana ia adalah suatu cerita? Kali ini Perkongsian Online kembali dengan tajuk yang mengajak para pendengar sekalian unutk meneroka perkara tersirat di sebalik sirah yang didengar atau dipelajari. Tajuk : Mengambil didikan daripada sirahTarikh : 6 April 2010 (Selasa)Masa : 8.00malam - 10.00malam (waktu UK)Penyampai : Abu Umar(Jemputan akan dimulakan sejak 7.45malam lagi)Medium : Paltalk (Sila add ID perkongsian_online ) Anda semua dijemput...

Page 1 of 1012345Next

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes